Bapa rogol 5 anak perempuannya sehingga salah seorang mangsa melahirkan anak


Tergamak seorang bapa merogol anak kandungnya sendiri sehingga hamil dan melahirkan anak. 

Dalam kejadian di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia pada Sabtu lalu, suspek berjaya ditahan polis. 

Suspek didakwa merogol anak perempuannya sendiri sehingga melahirkan anak. 

"Suspek berusia 49 tahun ditahan di rumahnya.

"Siasatan awal mendapati, suspek bukan hanya melakukan serangan seksual terhadap mangsa, tetapi empat lagi anak perempuannya turut menjadi mangsa. 

"Polis bertindak menahan suspek selepas menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa," kata pihak polis.