(Video) 'Selamba dia je cuci kereta kat petrol pump'


Tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki mencuci keretanya di pam minyak di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Hilmi Adi Ruzaini yang memuat naik video itu di Twitternya berkata, lelaki terbabit mencuci keretanya di situ menggunakan peralatan dan air dari stesen Petronas Bukit Gambir.

"Lelaki ini cuci kereta dia di pam minyak. Dia basuh keseluruhan kereta dia, isi air tiga kali, guna span pencuci dan pengelap cermin. 

"Lantai basah habis. Paling menarik, dia tak isi petrol pun," katanya. 





Sementara itu, netizen terkejut dengan tindakan lelaki itu yang juga dianggap kedekut. 

"Pakai kereta Honda, cuci kereta RM10 pun kedekut? Nak jimat duit bayar Honda every month ke?" soal netizen.