Isteri kelar suami sampai mati kerana terlupa tapau paha ayam goreng


Seorang lelaki yang terlupa membungkus paha ayam goreng untuk isterinya, mencetuskan kemarahan wanita itu yang membawa kepada pergaduhan akhirnya menyebabkan lelaki itu meninggal dunai, lapor China Press. 

Mangsa bernama Wu, terdahulu keluar untuk bertemu dengan pelanggannya apabila isterinya, Luo, meminta suaminya membungkus paha ayam goreng sebelum pulang ke rumah. 

Menurut ibu Wu, anaknya terlupa akan pesanan isterinya itu menyebabkan pasangan itu bergaduh. Ketika kejadian itu berlaku, ibu Wu berada di dalam mandi dan tidak menyedari pergaduhan mereka sehinggalah dia terdengar jeritan cucu perempuannya. 

Sebaik saja keluar dari bilik mandi, dia mendapati anaknya terbaring berlumuran darah akibat dikelar oleh menantunya menggunakan pisau pemotong buah. 

Difahamkan sebelum kejadian itu, hubungan Wu dan Luo sangat baik dan ditambah pula dengan kehadiran dua anak mereka. 

Walau bagaimanapun, keluarga Wu merasakan dia terlalu memenuhi keinginan isterinya sehingga menyebabkan wanita itu mula menuntut perkara yang bukan-bukan. 


Luo mula berubah dan menjadi baran, mereka juga kerap bertengkar. 

Hubungan pasangan itu menjadi semakin teruk. Mac lalu, Luo tergamak merosakkan kereta mereka hanya kerana tidak berpuas hati dengan perkara yang remeh. 

Menurut jiran mereka, Luo dan Wu bertengkar mengenai tanggungjawab menjaga ibu Wu di mana Luo mahu empat adik iparnya (perempuan) mengambil alih tanggungjawab itu. Malah, dia meminta ibu mentuanya tinggal di dalam bilik stor membuatkan Wu menjadi berang dengan isterinya. 

Selepas pergaduhan itu, Wu berasa tertekan dan mendapati dia tidak dapat bertahan dengan perkahwinannya lagi. Kemuncaknya pada Sabtu 13 April lalu, Luo memarahinya hanya kerana paha ayam goreng dan membunuh suaminya.