'Kami juga ada perut yang mahu diisi' - Runner GrabFood dakwa ditindas oleh Grab


Perkhidmatan Food Delivery sekarang semakin menjadi pilihan terutamanya di kawasan bandar. Dengan kemunculan pelbagai syarikat baru menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dan begitu juga wujud persaingan di antara penyedia perkhidmatan menghantar makanan.

Walau bagaimanapun, timbulnya luah ketidakpuasan hati runner GrabFood yang mendakwa telah ditindas oleh Grab. Apa ceritanya? Baca di bawah:

"Salam admin (Oh Media), minta tolong viralkan kisah kami sebagai GrabFood Runner (Delivery Rider) yang ditindas oleh syarikat Grab. 

"Minggu ini Grab telah mengarahkan Rider untuk menggunakan apps baru yang mana apps tersebut adalah apps yang sama digunakan oleh GrabCar Driver. 

"Dengan penggunaan apps baru oleh rider GrabFood, pihak Grab telah mengurangkan base fare dan insentif kepada rider sebanyak 30 peratus untuk setiap delivery. Selain itu, apps baru ini juga tidak mempunyai had radius kilometer untuk rider dapatkan dan pick up order dari vendor. 

"Sebagai contoh, jika rider tersebut online di Dataran Merdeka, rider akan mendapat ping order dari vendor di Wangsa Maju. Bayangkan rider terpaksa meredah perjalanan jauh untuk mengambil order tapi dibayar dengan harga yang tidak berpatutan. Customer juga akan terjejas kerana lambat mendapatkan pesanannya. 

"Dengan apps baru ini juga akan menyebabkan banyak vendor kerugian (order tak dapat diambil dan terpaksa dibuang) kerana sistem tak dapat detect rider. Padahal banyak rider yang tersadai menunggu order. 

"Walaupun sudah diberitahu kepada Grab, pihak Grab hanya berdiam diri sahaja. Keputusan untuk menggunakan apps baru semata-mata untuk mengurangkan fare rider telah memberikan kesusahan ke atas periuk nasi rider. Kami juga ada perut yang mahu diisi. 

"Sudahlah gaji dikurangkan, kilometer kawasan order pula mengarut (terlalu jauh). Tolonglah hentikan penindasan terhadap kami wahai Grab Management," katanya. 

Sumber: Oh Media