Osman letak jawatan MB Johor


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Menteri Besar Johor, Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam. 

Bercakap dalam sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini, Mahathir berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas itu telah menyerahkan surat perletakan jawatannya dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam. 

"Buat sementara waktu, Johor tiada Menteri Besar," katanya. 

Namun, Mahathir memaklumkan pemimpin yang akan menjawat jawatan itu akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat. 

Terdahulu media melaporkan Osman didesak meletak jawatan susulan kegagalannya dalam menguruskan kerajaan negeri Johor dan juga keupayaannya dalam menangani krisis pencemaran Sungai Kim Kim yang menyebabkan ramai penduduk di Pasir Gudang terjejas. 

Kegagalannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk pihak istana. 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  memuat naik kenyataan di Twitter yang berharap pengganti Osman bukanlah menjadi 'Yes Man' kepada Putrajaya. 

LAPORAN BERKAITAN: