2 remaja dicabul & dirogol 6 lelaki durjana


Enam remaja lelaki ditahan polis kerana disyaki mencabul dan merogol dua pelajar sebuah kolej secara bergilir-gilir di Kuala Pilah, Selasa lalu. 

Kesemua suspek yang berusia dari 16 hingga 21 tahun itu ditahan polis malam tadi selepas kedua-dua mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, siasatan awal mendapati lima suspek adalah penganggur manakala seorang lagi adalah pelajar. 

Berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa sebelum itu dijemput oleh dua lelaki menggunakan motosikal di kolej untuk pergi makan malam di sebuah kedai berhampiran. 

Namun, mangsa dibawa ke rumah sewa mereka di Kampung Sungkak, Juasseh. Setibanya di tempat itu, terdapat empat lelaki yang tidak dikenali sedang menunggu. 

Suspek pertama membawa mangsa ke sebuah bilik dan memeluk badan mangsa. Manakala suspek kedua membawa seorang lagi mangsa ke bilik berasingan lalu merogolnya. 

Setelah selesai, empat lagi suspek masuk ke bilik lalu merogol mangsa kedua secara bergilir-gilir. 

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah di Paroi, Seremban. 

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindakan di atas laporan itu, polis memburu kesemua suspek yang berjaya ditahan di sekitar Juasseh dan Kuala Pilah. 

Kesemua suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan seorang lagi suspek akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Sumber: Sinar Harian