Pembantu rumah ditemui mati, kemaluannya disumbat dengan timun


Mayat seorang pembantu rumah berasal dari Filipina di Kuwait, ditemui dalam keadaan mengerikan di mana mayatnya berwarna kehitaman dan kebiruan, serta turut ditemui sebiji timun di kemaluannya. 

Susulan penemuan mayat Constancia Layo Dayag, 47, majikannya yang merupakan warga tempatan telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Sementara itu, Manila mendakwa Constancia telah dipukul dengan objek tumpul bertubi-tubi dan kemaluannya disumbat dengan timun, sebelum ditemui mati. 

Pihak berkuasa Kuwait telah memfailkan tuduhan membunuh ke atas suspek yang hanya dinamakan sebagai B.M.I.H. 

Setiausaha Tenaga Buruh dan Pekerjaan Filipina, Silverstre H. Bello III berkata, pihaknya akan memberi tekanan kepada Kerajaan Kuwait untuk menuntut bela bagi pihak keluarga mangsa. 

Tahun lalu, Filipina mengenakan sekatan sementara untuk rakyatnya bekerjadi Kuwait selepas terdapat laporan bahawa rakyatnya didera, termasuk satu kes di mana pembantu rumah Joana Demafelis, 29, ditemui mati di dalam peti sejuk beku di rumah majikannya, setelah lebih setahun dia dilaporkan hilang. 

Sumber: Mirror