Difahamkan, pemilik kereta tersebut gagal membuat bayaran bulanan selama lima bulan pada pihak Maybank Langkawi.
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Benjamin Al Shariff, wanita terbabit enggan menyerahkan kereta itu biarpun wakil penarik kereta telah duduk di tempat duduk pemandu.
Lebih teruk lagi, dia bertindak menyembur racun serangga 'Baygon' terhadap penarik kereta yang merakam video itu sebagai bukti, sambil menjerit meminta tolong kononnya dia diragut.
Difahamkan, selepas membuat laporan polis, krew penarik kereta pergi ke rumah pemilik kereta tersebut untuk mendapatkan kereta itu. Tetapi usaha mereka terbantut selepas adik kepada wanita itu tampil mengugut akan mencederakan mereka dengan senjata tajam.
Sumber: Benjamin Al Shariff