Budak dihempap tingkap dari tingkat 20, meninggal dunia


Kanak-kanak lelaki yang dihempap tingkap yang terjatuh dari tingkat 20 bangunan kediaman ketika dalam perjalanan ke sekolah dengan ibunya, meninggal dunia. 

Kejadian itu berlaku di depan sebuah kedai buah-buahan di Shenzhen, Futian, China pada Khamis lalu. Mangsa, Zhuang, dihempap tingkap tepat di bahagian kepala dan meninggal dunia di hospital pada Ahad. 

Pihak polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes kemalangan yang tidak disengajakan.

Pihak berkuasa perumahan tempatan kini mengarahkan pihak pengurusan kediaman itu mengambil tanggungjawab untuk memeriksa keselamatan seluruh tingkap di bangunan itu. 

Bapa saudara mangsa, Chen, keluarga mangsa membayar lebih 75,000 yuan (RM45,225) untuk kos rawatan Zhuang dan pihak pengurusan bangunan hanya menghulur pampasan sebanyak 3,000 yuan (RM1,800).

"Pada awal kejadian itu berlaku, mereka (pihak pengurusan bangunan) berkata, mereka akan menanggung segala kos perubatan Zhuang," kata Chen. 

Tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa atau keluarga mangsa akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap pihak pengurusan bangunan berkenaan. 

LAPORAN BERKAITAN