Ibu biarkan suami rogol anak perempuannya sehingga hamil 3 kali


Seorang wanita menangis selepas dikenakan hukuman penjara kerana membiarkan suaminya merogol dan menghamilkan anak perempuannya sebanyak tiga kali ketika mangsa berusia 12 tahun. 

Terdahulu, suspek utama iaitu bapa tiri mangsa dilabelkan sebagai bapa tiri yang jahat dan dikenakan hukuman 20 tahun penjara selepas juri menyabitkan tertuduh bersalah kerana menghamilkan anak tirinya sebanyak tiga kali. 

Isteri suspek, 50, yang juga ibu kandung mangsa hanya membiarkan kejadian itu berlaku dan enggan mendengar rayuan anaknya untuk meminta tolong kerana bimbang si suami akan menamatkan hubungan mereka. 

"Kamu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda penyesalan. Kamu ibu yang teruk. Apabila anak (mangsa) mengadu, kamu buat bodoh dan sekarang bawalah penyesalan itu sampai ke lubang kubur. 

"Kamu khianat anak perempuan kamu demi mempertahankan suami kamu sedangkan dia melalui saat sukar di mana kehidupannya seperti 'neraka'," kata hakim kepada tertuduh. 

Berdasarkan pengakuan defendan, dia mula melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang ketika itu berusia 10 tahun ketika mereka bercuti di Southport dan berulang kali merogol mangsa di kediamannya sendiri sehingga mangsa berusia 16 tahun. 

Adik kepada suspek yang sebelum ini pernah mengalami masalah mental ditinggalkan bersama dengan mangsa sebelum merogolnya. Apabila perkara itu diketahui oleh suspek utama, dia membenarkan adiknya selalu datang melawat keluarganya. 

Pendakwa Raya, Angus Robertson berkata, kejadian itu berlaku ketika bapa tiri merogol mangsa di ruang tamu ketika sedang menonton perlawanan bola sepak dan si ibu pula menjerit dari bawah bertanya apa yang mereka sedang lakukan. 

Tertuduh kemudian menjawab, "Tak ada apa-apa".

"Apabila mangsa berusia 12 tahun, dia mendapati dirinya telah hamil dan terpaksa menggugurkan kandungan itu

"Mangsa pada awalnya enggan menggugurkannya, tetapi tertuduh mengugut dia akan menamatkan hubungan mereka jika mangsa berbuat demikian. 

"Pada usia 13 tahun, mangsa sekali lagi hamil dan memberitahu ibunya bahawa bapa kepada kandungan itu adalah bapa tirinya. Malangnya si ibu berkata, "Gugurkan saja!"," katanya. 

Selepas setahun kemudian, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi pasangan itu menafikan dakwaan mangsa. 

Di mahkamah, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap tertuduh, isterinya menangis sebak. Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap wanita itu dan melarangnya berhubung dengan mangsa dan cucunya.

Sumber: Mirror