'King dah takde...' - Kucing maut dianiaya anak tetamu datang beraya


Seekor kucing mati akibat dianiaya oleh anak-anak tetamu yang datang beraya di rumah pemiliknya akibat hentakan kuat di bahagian kepala. 

Nurush Shahindah yang memuat naik mengenai kejadian itu di akaun media sosialnya berkata, kucing tersebut sebelum itu berada di bawah pemantauan pihak veterinar selama dua hari kerana mengalami trauma akibat hentakan kuat di kepala. 

Nurush mengesyaki kucingnya itu dianiaya oleh anak-anak tetamu yang datang beraya ke rumah. 

"Kucing aku baru kena warded dua hari sebab doktor kata dia trauma kena hentakan kuat di kepala. 

"Bukan nak tuduh, tapi kalau datang rumah beraya, jagalah anak itu dari buat onar. 


"Doktor kata, kalau tak ada apa-apa perkembangan positif, peratusan untuk lumpuh adalah tinggi," katanya pada Khamis lalu. 

Bagaimanapun, sehari selepas itu, kucing yang diberi nama King itu telah menghembuskan nafas terakhir. 


"King dah takde..." katanya. 

Dalam pada itu, Nurush juga menafikan dakwaan kononnya dia memuat naik mengenai kejadian itu untuk mendapatkan publisiti. 

"Ada yang kata saya curi content sebab nak famous. Duh! Itu memang kucing saya. Saya bagi uncle saya bela. Kalau tak sure, boleh tanya. Jangan jadi bangang buat adaian. Saya dahlah tak ada mood ni," katanya.



Di media sosial, netizen bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Nurush dan menasihatkan kepada pemilik kucing yang lain agar berhati-hati apabila menerima tetamu yang mempunyai anak-anak kecil.