(Video) 'Sakit hati tengok budak perempuan tu conteng pagar' - Bengang tak diberi masuk beraya, budak aniaya harta tuan rumah


Viral di media sosial semalam, video seorang kanak-kanak perempuan menconteng pagar sebuah rumah hanya kerana berang tidak diberi masuk untuk beraya. 

Kejadian itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) meskipun sekumpulan kanak-kanak itu mengetahui terdapat kamera CCTV di pagar kediaman itu. 

Menurut Zeiqa Razali, dia menyedari pagar rumahnya diconteng selepas pulang beraya.

"So earlier today masa kitorang balik dari visiting raya, we were surprised that gate and tile at our house kenda scribbled. 

"But unfortunately our CCTV tak boleh nampak who did it. But orang jiran sebelah pun kena and luckily their CCTV dapat tangkap the video. 





"Wahai parents, pleaselah advice your children. This is not how you act dekat property orang. 

"Whoever yang kenal budak-budak ini, tolonglah nasihatkan mereka. Bukannya percuma orang berbeli dengan cat hanya untuk padamkan apa yang diconteng oleh mereka. 

"Mungkin mereka ingat orang tak bagi diorang masuk beraya. Tetapi adik-adik kitorang tak ada di rumah pada waktu itu dan kitorang pun tengah beraya. 

"Kalau kitorang ada di rumah, tak ada kami nak melarang mereka masuk. Datanglah beraya tahun depan, tetapi jangan lupa minta maaf dengan tuan-tuan rumah yang korang dah conteng ni," katanya.