Isteri maut ditikam suami yang kemudian cuba menikam dirinya sendiri


Seorang wanita berusia 55 tahun ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dipercayai dibunuh oleh suaminya di Taman Seri Duyong Fasa 2, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi, mangsa, Samnah Mohamed, 55, ditemui terlentang di hadapan perkarangan rumahnya. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, empat tikaman ditemui ditemui di badan mangsa termasuk dua di bahagian depan dan dua di belakang. 

Suami mangsa yang merupakan bekas anggota tentera laut (mengganggur) turut cedera di bahagian perut selepas menikam dirinya dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka. 

Menurut anak mangsa, ketika itu dia baru saja keluar dari bilik air sebelum ternampak ibu bapanya terlentang di hadapan rumah. 

"Punca pergaduhan mereka belum dapat dipastikan lagi, namun siasatan akan diteruskan dan suspek kini masih dirawat di zon merah. 

"Pisau memotong sayur sepanjang 23 sentimeter turut ditemui selain mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan positif dadah jenis syabu dan kes kecurian yang disiasat di bawah 380 Kanun Keseksaan pada Jun lalu. 

"Suspek juga pernah menerima rawatan susulan sebagai pesakit mental di Hospital Melaka. 

Sumber: Sinar Harian