Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
ADA kisah di sebalik mall ini, area Klang yang hidup cuma cinema saja. Aku nak kongsi cerita sebab apa dia hambar dan ramai yang dah kena termasuklah aku.
Siapa yang tahu, mesti dia tahu apa saja yang ada dalam mall ini dan apa yang membuatkan dia terus hidup. Ada orang kata, dulu mall ini pernah terbiar lama. Kalau dah terbiar lama, korang pun mesti dah tahu kan apa yang tinggal dalam bangunan itu.
Orang lama cakap, dulu tanah itu tanah perkuburan cina yang sudah lama. Memang dari dulu tempat itu dah ada yang 'tinggal'.
Ada juga berita, banyak kes kematian yang berlaku di sini. Antaranya yang terbaru... aku tak ingat tahun bila tetapi kecoh jugalah sekejap.
Antara level yang keras, level 3 dan surau perempuan yang paling teruk di level 7. Tak ramai orang parking sampai level 7 ini sebab kalau parking pun selepas maghrib, pastikan kereta kena turun bawah. Kalau tak, memang seramlah nak ambil balik.
Kau bayangkan kereta kau seorang saja yang ada di level 7 itu dan waktu ketika itu pula dah jam 11 malam. Uishh! Lain macam rasa gelap dia. Lampu pun samar-samar saja. Level 7 ini paling keras sebab banyak kes bunuh diri dan kes bunuh di atas ini.
Cuma kes ini macam tak dihebohkanlah. Aku cerita berdasarkan apa yang aku dengar dan maklumat yang diperolehi. Aku tak pasti benda ini sahih atau tidak, cuma yang paling penting ialah Allah yang paling berkuasa percaya pada yang maha esa.
Itu serba sedikit mengenai mall itu. Sekarang aku nak kongsi pengalaman aku 'terkena' dalam mall ini, antara pengalaman pahit yang pernah aku lalui sepanjang kehidupan aku selama ini.
Okey guys, sebelum aku start aku nak minta maaf awal-awal dari segi penulisan sebab ini kali pertama buat thread panjang begini. Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati.
Aku bekerja dalam mall itu dalam tempoh lebih kurang tujuh bulan juga. Banyak perkara yang terjadi, jadi aku nak kongsi dengan korang dan aku tak pernah kongsikan dengan orang lain termasuk girlfriend aku.
Kalau kerja di wayang ini, closing apa semua baru boleh balik. Jadi hari itu dalam jam 3.30 pagi, sementara menunggu member siap berkemas, aku pergi lepak hisap rokok di parking lot tingkat 7. sambil menyaksikan pemandangan atas. Memang cantik pemandangannya.
Siapa yang pernah lepak di sini, tahu macam mana keadaannya. Gambar itu sekadar hiasan dan ianya lebih kurang sama begitu.
Tengah feeling, tiba-tiba terhidu bau yang aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Nak kata bau wangi boleh juga, nak kata hanyir pun boleh juga. Aku tak tahu nak cakap apa, aku relaks buat macam biasa sambil main telefon.
Tiba-tiba macam ada orang pegang bahu.
GILA KAU TAK CUAK!
Memang menggigil kepala lutut aku,rasa macam tak jejak tanah dah. Tapi aku cuba tenangkan diri dan pandang belakang perlahan-lahan. Tetapi tiada orang. Meremang bulu roma aku. Sunyi... diam saja.. Aku panggillah member aku tu, diam juga...
Tanpa berlengah, aku terus naik ke ataslah kan. Yang musibatnya, kawan aku semua dah tak ada kat atas. Tinggal aku seorang. Ya Allah, beg aku di dalam bilik rehat dengan dompet apa semua, nak tak nak kena pergi ambil jugalah.
Selepas ambil barang apa semua, terus pergi ke lif nak turun. Masa berjalan, terasa macam ada benda mengikut. Yela, mall kosong, kau jalan pun rasa bergema tapak kaki. Tapi macam ada benda ikut aku, bunyi dia lain dan kuat bunyi tapak kaki dia.
Sampai di depan pintu lif, nak hilangkan rasa takut aku bukalah telefon walaupun tak ada Maxis tak ada line. Bila lif sampai, masuk dan terus tekan butang G untuk ke ground floor paling bawah sekali, tempat parking motosikal.
Dalam perjalanan itu, Ya Allah, rasa lama sangat. Selalunya sekejap saja. Mungkin sebab takut kot, itulah rasa lama.
Tiba-tiba lif berhenti di level 3. Tapi pintu tak terbuka. Ah sudah, dalam hati aku dah mencarut, memang cari nahaslah level 3 ini.
Aku tekan punya tekan, terbukalah pintu itu. Bagai nak luruh jantung aku dibuatnya. Gelap gelita, apa lagi menggelibatlah tekan butang tutup, tapi pintu itu pula tak nak tutup. Dia main buka tutup, buka tutup sampai buat aku fedup.
Dengan bermodalkan lampu telefon, aku memang nekad nak turun menggunakan tangga sebab dalam hati, Level 3 nak ke ground floor kena lalu dua tingkat saja. Jadi tak adalah jauh sangat kan. Tetapi serius memang gelap, lampun pun ada tapi di hujung area itu tiada lampu.
Sampai saja di depan tangga itu, aku suluh. Gelap gila, selalunya ada lampu di tangga itu. Nak berpatah balik ke lif macam tak patut kan, dah alang-alang turun sajalah.
Masa nak turun itu, memang terdengar bunyi macam-macam tetapi tak fikir banyak, sepantas kilat aku turun.
Tapi itulah, aku rasa macam tak logik. Rasa dah macam sampai tapi tak sampai-sampai. Sumpah aku rasa. Macam dah lain sangat dah waktu ini. Dalam fikiran, aku rasa macam berada di tempat lain. Badan dah letak, otak pun dah penat. Aku keluar balik dari tangga kecemasan itu.
Tengok di atas dinding itu tulis level 2. Dalam hati aku dah mencarut. Punyalah lama aku turun, baru setingkat saja. Naik lif balik jelah, tekan macam biasa, lif buka macam biasa. Naik je, aku doa agar aku cepat sampai ke rumah. Aku dah penat gila dah ni.
Pintu lif pun tertutup kemas. Lega rasa hati dan rasa benda ini dah settle, rupanya dia bawa aku balik naik atas, tempat aku turun tu level 7 semula. Aku dah tak tahu nak cakap apa. Masa inilah benda-benda ini mula nak keluar.
Aku nampak dia memang pandang aku dari jauh tu. Kalau tahu tempat karaokedi mall itu, haa dia duduk di hujung situ sambil memandang aku dari jauh.
Aku dah mula menjerit meminta tolong. Tapi itulah macam tak lepas suara. Aku berdoa, semua jenis doa aku baca.
Dia pandang je aku lama-lama. Semakin lama semakin dekat. Tak tahu nak buat apa. Nak lari, kaki macam terkunci. Nak minta tolong, suara tak keluar. Cuma pejam mata berharap bantuan akan tiba. Masa pejam mata itu, aku dah tak tahu nak fikir apa. Yang aku tahu nak segera balik ke rumah.
Tidak beberapa lama kemudian, pengawal keselamatan ternampak aku di depan tandas, terus dia datang dan bawa turun. Dia cakap dia nak check samaada motosikal aku masih berada di bawah ke tak.
Aku baru sedar dah nak dekat Subuh aku berada dalam mall itu. Pengawal keselamatan itu nasihatkan aku jangan cuba jalan seorang-seorang jam 10 malam ke atas sebab benda ini suka main.
Aku dah tak boleh brain apa yang dia cakap. Dia bawa aku turun dan bagi minum air. Selepas azan subuh baru dia suruh aku balik mandi, kemudian tidur.
Itulah pengalaman yang aku tak boleh lupakan. Mesti ramai yang tidak percaya sebab tak pernah mengalaminya. Tetapi bila dah berlaku pada diri, hanya dia saja yang tahu perasaannya.
Apa-apa pun, setiap yang berlaku semuanya dia atas kehendak Allah Yang Maha Esa. Percaya pada dia, inshaAllah dipermudahkan urusan. Ini saja yang dapat aku kongsikan. Kalau korang pernah mengalami kejadian pelik di mall itu, bolehlah share.
Sumber: Farhanalys97