Bapa cabul anak dalam bilik ketika isteri sedang tidur


Demi memuaskan nafsu serakah, seorang bapa tergamak mencabul anak perempuannya berusia 15 tahun sejak dua tahun. 

Namun, perbuatan lelaki berusia 41 tahun itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis Rabu lalu kerana tidak tahan menjadi mangsa kerakusan bapanya. 

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 13 tahun di rumah mereka di Paka, Dungun dan kejadian yang terbaru berlaku pada awal Julai lalu. 

Suspek didakwa memasuki bilik dan mencabul mangsa ketika isterinya sedang tidur. 

Suspek turut mengugut akan memukul mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya sendiri. 

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek untuk disoal siasat, sementara mangsa pula dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. 

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos mengesahkan penahanan suspek yang direman sehingga 8 Ogos, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro