Ada individu dan pihak dikesan menyebarkan maklumat palsu berhubung kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran persimpangan Southville City Sabtu lalu menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 29 tahun.
Pada waktu ini, Polis Selngaor sedang giat mengumpul maklumat palsu yang dikongsikan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum mengenl pasti dalang di sebalik penyebaran tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asistten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, selain mengganggu siasatan, maklumat palsu yang disebarkan itu boleh mengganggu keharmonian kaum.
"Kami akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membawa mereka ke muka pengadilan.
"Ini kerana individu yang menyebarkan maklumat palsu ini seolah-olah mereka berada di tempat kejadian. Sebaliknya mereka hanya mendengar laporan dari pihak lain yang juga mendapat maklumat yang tidak tepat," katanya menurut laporan NST.
Fadzil berkata, tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya membawa kepada polemik perkauman dan agama sehingga ia jauh dari fakta sebenar kejadian tersebut.
"Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan menjejaki dan menangkap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian itu," katanya.
Sumber: NST
LAPORAN BERKAITAN