Hasrat wanita kahwini remaja perempuan terbantut selepas terkantoi


Hasrat seorang wanita untuk berkahwin dengan kekasihnya yang merupakan seorang remaja perempuan tidak kesampaian apabila keluarga remaja itu berasa curiga setelah mendengar suaranya. 

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun itu juga mengupah pasangan untuk berlakon menjadi ibu bapanya bagi meminang remaja itu yang baru berusia 15 tahun. 

Menurut jurucakap polis Semidangaji, Bastari berkata, mereka datang ke rumah remaja itu di desa Nyiur Sayak, Sumatera Selatan untuk berjumpa dengan keluarganya. 

Pasangan itu merancang untuk terus berkahwin sekiranya lamaran itu diterima dan keluarga remaj itu telah membuat persiapan termasuk menyediakan jamuan. 

Tetapi ketika perjumpaan itu berlangsung, keluarga remaja itu berasa pelik dan curiga apabila mendengar suara wanita itu lalu membawanya ke pusat kesihatan untuk memeriksa jantinanya. 

"Suaranya seperti perempuan dan apabila diperiksa, ternyata dia adalah perempuan," katanya. 

Pasangna itu berkenalan melalui media sosial dan menjalinkan hubungan, selain pernah berjumpa beberapa kali sebelum merancang untuk berkahwin. 

Ekoran itu, wanita terbabit ditahan tetapi dibebaskan selepas dia memohon maaf kepada keluarga remaja berkenaan yang turut menarik balik laporan terhadapnya. 

Sumber: Harian Metro