(Video) Mat Rempit kena belasah


Viral di media sosial baru-baru ini video sekumpulan penunggang motosikal dibelasah orang awam kerana didakwa menganggu ketenteraman pengunjung di Pantai Makuow, Lahad Datu, Sabah. 

Dalam kejadian yang tidak diketahui tarikhnya itu, video 4 minit itu menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal terbabit melakukan pencemaran udara dan bunyi. 

Tidak tahan dengan tindakan kumpulan itu, orang awam datang menegur sebelum menumbuk salah seorang penunggang terbabit di bahagian kepala menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri dari tempat kejadian, meninggalkan motosikalnya. 

Beberapa rakannya yang lain sempat melarikan diri sebelum sempat dibelasah. 


Tidak berapa lama selepas itu, datang dua lagi penunggang motosikal terus ditahan orang awam lalu ditendang dari belakang. 

Kejadian itu mencetuskan kekecohan dan dileraikan beberapa lelaki yang menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru mengambil tindakan sendiri. 

Sumber: Borneo 8888