Salleh Said Keruak mohon sertai PKR demi negara


Bekas menteri UMNO Salleh Said Keruak dilaporkan sudah menghantar permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibuat secara online. 

Bagaimanapun, Biro Politik PKR akan mempertimbangkan permohonan bekas menteri KKMM itu dalam mesyuarat akan datang. 

Ketika di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN), Salleh dilihat sangat aktif mempertahankan bekas Perdana Menteri Najib Razak berhubung skandal 1MDB. Namun, selepas BN tewas pada PRU14, Salleh keluar dari UMNO pada Disember lalu. 

Menjelas mengenai tindakannya itu, Salleh berkata, dia memohon menyertai PKR kerana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah betul dan berdasarkan keyakinan beliau mampu menyumbang kepada negara. 

"Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya dan saya percaya saya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khusnya, dan Malaysia amnya," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini