Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini berharap kerajaan memberi khabar gembira untuk penjawat awam di seluruh negara dengan pemberian bonus sebulan gaji dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober ini.
Pada Jumaat lalu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda sekali lagi memohon perkara yang sama kerana penjawat awam berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi di mana kerajaan diharapkan dapat memberi kenaikan gaji khususnya satu kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan terdahulu tetapi masih belum dilaksanakan.
"Kami merayu supaya insentif Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini ditimbangkan semula kerana semakan sistem saraan tidak berlaku sejak 2002 hingga sekarang.
"Kami harapkan sekurang-kurangnya pada 2020, kerajaan dapat lepaskan satu insentif kenaikan gaji kepada seluruh penjawat awam," katanya.
Selain itu, beliau berharap kerajaan menyediakan rumah mampu milik berharga RM90,000 hingga RM150,000 khususnya untuk penjawat awam berpendapatan RM3,000 ke bawah.
“Kami juga cadangkan kerajaan menyeragamkan elaun cola seluruh negara kerana tidak ada tempat yang tidak berdepan dengan kos sara hidup.
“Hari ini elaun cola RM300, RM250 dan RM150. Kalau boleh kerajaan timbangkan juga elaun bandar kepada mereka yang bekerja di bandar besar seluruh negara,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN