'Ada pendarahan dalam mata ni, buah pinggang awak bocor dah ni' - Ingatkan sakit mata biasa, rupanya berpunca dari diebetes


“Hampir semua makanan tular di media sosial terutamanya makanan manis dan berkarbohidrat tinggi saya akan cuba kerana beranggapan masih muda dan tidak berisiko menghidap penyakit,” kata Sidah Omar, 27 kepada Harian Metro. 

Terdahulu, perkongsian Sidah mengenai kisahnya menjadi tular di media sosial. Pada awalnya dia hanya menyangkakan sakit matanya adalah sakit biasa. Tetapi lama kelamaan penglihatannya semakin terjejas. Apa yang mengejutkan, doktor memaklumkan kepadanya semuanya berpunca dari diabetes.

RAMAI yang WhatsApp saya tanya punca sakit mata saya. Tak nampak dah sebelah dan kabur teruk. Okey, saya cerita. Walaupun sebenarnya saya malu untuk mengaku yang saya ni sakit. Muda-muda dah sakit. Tapi kali ni saya buang rasa malu saya tu demi kesedaran bersama dan jadikanlah apa yang jadi kat saya ni sebagai peringatan dan pengajaran untuk semua, lebih-lebih lagi untuk golongan muda dan penghidap diabetes (sila lakukan pemeriksaan mata anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun).

Daripada boleh bekerja, tak boleh bekerja. Daripada boleh bawa motor, dah tak boleh bawa motor. 

Tahun 2012, umur 22 tahun masa tu. Pergi ke klinik sebab ada masalah lain, tapi doktor check tekanan darah, tinggi. Doktor check gula, pun tinggi. 19 bacaan gula time tu. Klinik swasta. Doktor pun buat surat refers ke Klinik Kesihatan (KK). Dah settled semua kat KK. So, follow up la kt KK untuk beberapa tahun.

Tapi nak dijadikan cerita, punca masalah mata ni. Saya tertinggal satu follow up. Saya buat tak tahu. "Nanti la pergi balik." "Nanti la.... Esok la.." Tup-tup dah habis ubat. Pun tak pergi lagi klinik.  Sambung follow up. Time tu duk cakap kat diri sendiri dan orang, "Tak ada apa-apa la tak makan ubat, muda lagi. Sihat lagi ni.”

Berdegil walaupun berapa kali dah nurse dari KK call. Jawapan aku, "Okey kak nanti saya pergi." Tapi, tak pergi pun.

Dua tahun lebih saya tinggal ubat tanpa follow up doktor, dan tanpa ubat-ubatan kampung. Hint pertama mata ni bagi adalah silau. Masih buat tak tahu lagi sebab masih boleh berjalan dan sihat lagi. Boleh lagi merempit, boleh bergelak ketawa lagi dan boleh bekerja lagi. Yaa.. semua masih boleh buat lagi masa tu.

Hint ke 2, hint ni dah teruk kalau ikutkan. Timbul satu tompok/bebenang kat mata. Dia bergerak sekali masa mata kita bergerak. Masa tu sebelum bulan puasa tahun lepas. Tapi benda tu sikit. Cepat hilang. Okey, saya buat tak tahu lagi. Walaupun ada bagitau mak mata rasa macam tak selesa. Tapi saya boleh melihat macam biasa lagi. Anak sulung, degil! Hahaha.

Lepas tu bulan puasa, jadi la apa yang jadi sebelum ni. Ada timbul tompok/bebenang kat mata sebelah lagi. Kali ni penglihatan terganggu. Sebab benda tu besar sikit. Tapi Sidah gais, degil. Buat  tak tahu lagi sampai la beberapa hari raya dah. Nak habis syawal dah time tu.

Time tu kebetulan ada follow mak BFF aku pergi open house kedai spek. BFF aku pun, "Sidah pergi la check mata tu. Kan cakap rasa tak sedap." Aku ni nak tak nak terpaksa dah. Hahaha.. Padan muka kan. 

Pergilah check silau, rabun apa semua tu. Time tu la tau. Sorang dari staff kedai spek tu bagitau, "Awak, mata awak macam ada pendarahan dalam mata ni." Saya? Telan air liur rasa kesat dah gais. Tapi tanya lagi, "Dah boleh buat ke spek ni?" Staff tu jawab, "Tak boleh buat lagi spek awak. Awak kena pergi hospital check." Seminggu lepas tu baru ke hospital check.

Check punya check. Doktor bagitahu, "Mata awak dua-dua dah ada pendarahan dalam mata ni. Sebab tu sekarang mata awak jadi kabur." Masa ni bulan 7, 2019. Lepas tu terus refers ke pakar Mata HSNZ, esoknya ke hospital lagi untuk laser dua-dua mata untuk kurangkan timbul salur darah baru dalam mata. Setiap minggu laser, 8 kali laser, tapi tak ada kesan positif. 

Mata makin kabur. Sampailah tahap sebelah kiri dah ganggu titik peka dan dah tak nampak. Sekarang ni sebelah kanan pun makin kabur. Dan ujian darah dan beberapa lagi ujian doktor buat. Doktor bagitau, "Kesan dari kencing manis awak tak terkawal dulu, sekarang ni macam ada kesan ke buah pinggang awak Sidah. Buah pinggang awak bocor dah nie." Tapi Alhamduillah masih bernasib baik, tak banyak. Doktor  bagi ubat untuk repair.

Sekarang ni mata ni dah tarik saraf dah. Solution doktor pun belum pasti lagi. Ada yang tanya, "Sidah tak tanya ke ada peluang okey balik macam dulu?". Jawapan doktor, "Untuk pulih macam dulu tu tak boleh dah. Tapi boleh berusaha lagi."

Tapi tu kata doktor. Kita selagi boleh ikhtiar, kita ikhtiar brubat. Selagi masih bernafas. In sha Allah tak akan give up. Punca dia diabetes. Jangan main-main dengan diabetes. Dia boleh menyerang banyak tempat dalam badan kita. 

Moral dia sekarang, tak kira muda atau tua, jagalah pemakanan dan kesihatan. Jangan sampai jadi macam saya. Nak menyesal pun tak guna. Jangan ingat muda, kurus, tak ada penyakit. Selagi tak check kesihatan, jangan mengaku diri anda sihat. Jadikan perjalanan aku sebagai pengajaran.

Terima kasih sudi baca. 

Ya Allah, Kau tabahkan lah hati hamba Mu untuk menempuh segala ujian Mu. Aamiin.

Sumber: Cik SidAh