Budak perempuan diliwat anak pengasuh ketika ditinggalkan bersendirian bersama suspek


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mendakwa diliwat anak pengasuhnya kelmarin. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kediaman pengasuh di Kuala Terengganu selepas mangsa dihantar ibunya ke rumah tersebut yang tidak jauh dari rumah mereka pada jam 7.20 pagi. 

Perkara itu hanya disedari oleh ibu mangsa berusia 36 tahun selepas mengambil mangsa pulang dari rumah pengasuh pada jam 5.20 petang di mana mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika mahu membuang air kecil. 

Wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya sebelum mangsa menceritakan perbuatan terkutuk remaja lelaki itu. 

Mangsa mendedahkan, dia diliwat suspek ketika pengasuh tiada di rumah dan meninggalkan mangsa bersama dengan suspek. 

Susulan pendedahan itu, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut dan mangsa kemudian dihantar ke hopital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos, mengesahkan menerima laporan itu dan pihaknya telah menahan remaja terbabit pada jam 5 petang semalam. 

Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (B) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Sumber: Harian Metro