Pelajar tahfiz maut dipercayai dipukul rakannya


Seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun di sebuah maahad tahfiz di Lanchang, Termeloh, dilaporkan meninggal dunia, disyaki dipukul oleh rakannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari Khamis, mangsa ditemui dalam keadaan lemah oleh warden, terus dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk mendapatkan rawatan. 

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak beberapa lama kemudian. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di badan mangsa. 

Berikutan itu, polis telah menahan tiga rakan mangsa untuk siasatan lanjut. 

Difahamkan, maahad itu hanya mempunyai empat pelajar dan seorang tengah pengajar sahaja semenjak mula beroperasi Januari lalu. Tenaga pengajar berkenaan adalah suami kepada warden. 

Mangsa mula belajar di maahad itu pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya.

Maahad itu juga beroperasi tanpa mendapatkan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro