(Video) 'Dia terus tolak badan Khaleef' - Anak trauma, nyaris jatuh ditolak budak lain ketika bermain gelongsor


Anak yang baik, anak yang diberi didikan yang betul oleh ibu bapanya. Jika selalu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik, pasti tiada masalah apabila anak berada di luar terutamanya ketika bergaul dengan kanak-kanak lain. 

Namun, ada segelintir ibu bapa pada zaman ini lebih gemar membiarkan anak membentuk perangainya mengikut kehendak kanak-kanak itu sendiri. Akibatnya? Anak tidak tahu apa yang salah atau betul. 

Dalam insiden yang berlaku baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki ditolak kanak-kanak lain ketika bermain papan gelongsor di sebuah pusat beli-belah. Tidak diketahui apa sebabnya tetapi mujur mangsa sempat diselamatkan oleh seorang lelaki dewasa berhampiran. 

"Kejadian di Toppen JB. Big thanks uncle Chinese yang sambut Khaleef dari terjatuh sebab ditolak di playground berhadapan Toys World tadi. 

"Mommy memang selalu ikut Khaleef kalau main sebab takut dia buat anak orang. Tapi kali ini memang silap mommy sebab sibuk merecord Khaleef. Tapi mommy langsung tak expect yang budak itu akan tolak Khaleef. 

"Rasanya Khaleef langsung tak menghalang budak itu untuk turun gelongsor, tapi tak tahu mana silapnya dia terus tolak badan Khaleef," tulis Puan Siti Nurafiqah di Facebooknya 2 Disember lalu. 


Disebabkan kejadian itu juga, anaknya mengalami trauma dan terus mengajak ibunya keluar dari situ. 

"Khaleef trauma, dah tak nak main dan terus ajak mommy keluar dari situ. Pengajaran untuk mommy supaya jaga anak mommy betul-betul masa main playground walaupun mommy rasa anak mommy dah besar. 

"Peringatan untuk mommies di luar sana juga, untuk awasi anak kita. Sebab ada yang tanya, man parents budak tu, parents budak tu ada minta maaf ke? Jawapannya tiada. Jelas menunjukkan budak itu bermain tanpa diawasi ibu bapanya," tulisnya.