Bapa budak pandu lori tanker direman 2 hari


Susulan viral video seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun memandu lori tanker, polis telah menahan bapanya dan direman selama dua hari untuk siasatan. 

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki terbabit yang berusia 39 tahun itu ditahan oleh anggota polis di Rantau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Terdahulu, viral video di media sosial yang menunjukkan kanak-kanak itu memandu lori tanker. Meskipun tiada lesen dan jauh dari umur kelayakan, dia mampu memarkirkan jentera berat itu dengan baik. 

Video itu viral selepas video seorang lagi kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga lama milik bapanya, yang mengundang pelbagai reaksi netizen kerana bimbang dengan keselamatannya selain perbuatan itu jelas menyalahi undang-undang. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN