'Mesti serba salah pakcik yang rakam video tu' - Polis saman pemilik kereta


Susulan viral video di media sosial seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun memandu kereta tanpa lesen, polis telah mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan itu. 

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, tindakan saman itu dibuat mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) kerana pemilik kereta membenarkan kenderaannya dipandu kanak-kanak di bawah umur. 

"Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya, yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau," katanya. 



Anuar Bakri berkata, satu laporan polis dibuat dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN