Samseng Mat Bunga & 2 rakannya direman 4 hari


Tiga pelajar senior yang koyak dan membelasah pelajar junior di asrama sekolah menengah di Tanah Merah baru-baru telah ditahan dan direman selama empat hari untuk siasatan. 

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 itu direman sejurus selepas pihaknya mendapat perintah tahanan reman dari Majistret Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.

Terdahulu, mereka dibawa ke Mahkamah Majistret dengan menaiki lori polis pada jam 9 pagi hari ini.  

Kes buli yang membabitkan empat pelajar itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. 

Semalam media melaporkan, mangsa dipukul bertubi-tubi tanpa belas kasihan hanya kerana tiga suspek terbabit bengang dipermainkan mangsa yang kononnya mahu membelanja ayam goreng. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN