'Aku dah cakap kilang merajuk tak nak buat awning' - Lelaki dakwa bapanya dikelentong kontraktor bumiputera

Adab berniaga antaranya adalah harus bersikap jujur dan jangan menganiaya pelanggan mahupun memberi alasan yang tidak masuk akal.


Baru-baru ini viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang pelanggan terhadap kontraktor yang telah diberi bayaran penuh tetapi hasil kerjanya langsung tidak kelihatan. 


Berdasarkan perbualan yang dikongsikan, mangsa telah membuat pembayaran penuh bagi kerja-kerja memasang tiles dan awning. Tetapi sudah hampir setahun, dua perkara yang dipersetujui itu masih belum dibuat sehingga ke hari ini. 


Apabila anak mangsa cuba bertanya mengenai kontraktor, dia terus diherdik lelaki terbabit.


"Aik? Apa masalah kau? Ini urusan aku dengan ayah kau. Jadi, kau tak payah sibuklah. 


"Benda memang betul, kilang tu merajuk tak nak buat awning. Takkan kau nak aku roboh kilang tu pula?"


Anak mangsa kemudian meminta lelaki itu pulangkan semula duit bapanya sekiranya dia tidak mahu meneruskan kerja-kerja tersebut dengan alasan yang tidak munasabah. Malangnya, kontraktor itu enggan berbuat demikian. 


"Law b*ngang mana kau pakai ni? Benda dah bayar mana boleh refund. Pakailah otak. B*dohlah kau ni, kan aku dah cakap kilang tu merajuk tak nak buat besi awning tu. 


"Bila pula aku tipu ni b*bi? Kan dah cakap kilang tu merajuk, dah kau nak aku buat apa?" 


Anak mangsa kemudian menghantar gambar-gambar screenshot di mana ada individu-individu di media sosial mendakwa pernah menjadi mangsa kontraktor tersebut.


Perkongsian gambar itu membuatkan lelaki itu bengang lalu melemparkan kata-kata kesat. 



Sementara itu di Facebook kontraktor terbabit, satu kenyataan telah dikeluarkan yang menyatakan dia telah membuat laporan polis terhadap dua akaun Facebook palsu yang menggunakan identitinya. 


Kontraktor itu juga telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap individu yang telah mencemarkan maruah dan imejnya, selain menuntut kerugian dan kehilangan di atas viral tersebut. 


"Individu-individu ini telah kami kenal pasti dan akan kami bawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat ini," katanya.


Sumber: Facebook