Dalam dunia ini, tiada hal yang lebih menyedihkan dari kehilangan orang tersayang, apatah lagi jika orang itu adalah anak. Bahkan, ada orang tua yang rela berkorban demi kebahagiaan anaknya.
Seperti yang dialami oleh seorang bapa di Kalimantan, Indonesia ini. Kejadian yang berlaku pada hari ini, Isnin 12/10/2020 di mana dua anak lelakinya yang masih di bawah umur menunggang motosikal ke pekan untuk membeli barang keperluan.
Apabila tiba di sebatang jalan, dua kanak-kanak ini yang baru mahir menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda. Seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri.
Berdasarkan gambar-gambar yang viral di media sosial menunjukkan, si bapa menangis memeluk mayat anaknya yang sudah tidak bernyawa di tepi jalan, sambil mengendong anak perempuan (bongsu) di belakangnya.
Darah mangsa membasahi pakaian lelaki itu dan dia enggan melepaskan anaknya dan terus menangis tanpa henti.
Setelah mulai tenang, mereka sekeluarga naik ke sebuah kenderaan. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan mangsa yang masih hidup dikenali sebagai Nabil As'ad juga dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Indon Zone