Covid-19: 871 kes baharu positif, 7 kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, sebanyak 871 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 20,498 kes. 


701 pesakit telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah pesakit discaj adalah 13,262 kes. 


Sementara itu, sebanyak 7 kes kematian dicatatkan dan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 187. 


Jumlah keseluruhan kes disahkan positif: 20,498


Jumlah kes positif harian: 871


Jumlah kes pulih: 13,262


Jumlah kes pulih harian: 701


Jumlah kes kematian: 187


Jumlah kes kematian harian: 7


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia