'Kalau tak setuju, keluar aje dari PN' - Lokman ada gesa letak syarat pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri

Di kala UMNO masih dalam fasa mempertimbangkan keputusan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional (PN), bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersuara meminta UMNO mengenakan syarat baharu. 


Lokman berpendapat, UMNO harus menggenakan syarat baharu iaitu jawatan Perdana Menteri yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang perlu diserahkan kepada pemimpin UMNO. 


Ini kerana katanya, UMNO adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi yang paling banyak dalam Perikatan Nasional berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). 


"Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, BERSATU TPM," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya hari ini. 


Tambahnya, jika PN tidak bersetuju dengan syarat itu, UMNO wajar keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang sehingga tiba PRU-15.


"Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang," tambahnya. 



Sejak Perikatan Nasional ditubuhkan melalui Langkah Sheraton, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin seringkali dikritik dan ditekan oleh para pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati jawatan Perdana Menteri disandang oleh pemimpin BERSATU.


Ini berlaku kerana UMNO merupakan pemegang kerusi terbanyak berbanding parti lain. Meskipun telah berkali-kali pemimpin BERSATU meminta para pemimpin UMNO berhenti menyerang kepimpinan Muhyiddin, namun pemintaan itu tidak diendahkan.


Sumber: Facebook Datuk Lokman Adam