Polis tahan bapa sebat anak perempuannya tanpa belas kasihan

Polis di Arab Saudi menahan seorang bapa pada Rabu (7/10/2020) selepas video yang menunjukkan dia menyebat anak perempuannya tanpa belas kasihan tersebar meluas di media sosial. 


Jurucakap polis Mekah, Mejar Mohammed Al-Ghamdi berkata, lelaki terbabit yang berusia 40-an itu sendiri memuat naik video tersebut di media sosial. 


Video berdurasi 2 minit 19 saat itu menunjukkan, mangsa meniarap di lantai dengan tangga mudah alih diikat di belakangnya. 


TONTON VIDEO VIRAL BERKENAAN DI SINI


Si bapa itu kemudian mula menyebat anaknya tanpa belas kasihan biarpun mangsa menangis meraung kesakitan dan merayu agar bapanya berhenti berbuat demikian. 


Suspek kini telah ditahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang. 


Sumber: Arab News