Rumah seorang suri rumah dipecah masuk seorang lelaki bertopeng bersenjatakan pistol mainan.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.15 petang Jumaat lalu di Kampung Alur Pasir Bintang, Terengganu, mangsa berusia 59 tahun ketika itu bersendirian di rumah.
Suspek memecah masuk ke rumah warga emas itu dan terus menghampiri mangsa dan mengacukan pistol di bawah tengkuknya.
Mangsa yang tergamam dengan situasi itu mendiamkan diri dan tidak berani melawan suspek.
Suspek menutup mulut mangsa menggunakan kain dan mangsa terpaksa membiarkan sahaja gelang emas di pergelangan tangan kanannya diambil suspek yang kemudian melarikan diri.
Mangsa kemudian membuat laporan dan sepasukan polis datang ke lokasi pada hari yang sama dimaklumkan oleh seorang wanita yang menunjukkan sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan jingga ditemui dibuang di atas tanah.
Di pistol itu tertera perkataan 'Made in China', diambil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.
Sumber: Sinar Harian