(Video) 2 pemungut barang terpakai dipukul sampai mati oleh perompak

Dua pemungut barang terpakai yang sedang tidur di tepi kaki lima sebuah premis dipukul sampai mati sebelum dirompak oleh  dua individu yang tidak dikenali


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Bekasi, Dwi Prasetya berkata, kejadian itu berlaku pada Selasa (29/9/2020) lalu di Kabupaten Bekasi (Indonesia) yang juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). 


Berdasarkan video CCTV, kedua mangsa yang sedang tidur didatangi dua suspek yang membawa kereta sorong dan karung. 


Suspek kemudian mengambil kayu lalu memukul kepala kedua-dua mangsa berkali-kali sehingga tidak sedarkan diri dan di kesempatan itu suspek mengambil wang dari pakaian mangsa, manakala rakannya mengalihkan kereta sorong ke tepi mangsa agar pengguna jalan raya yang lalu tidak menyedari jenayah yang sedang mereka lakukan. 


Tidak dijelaskan berapa yang diambil oleh suspek. Namun pukulan kuat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital berdekatan. 


Malangnya mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan. 



Sumber: Detik News