Susulan viral video seorang lelaki disimbah dengan air sirap ais oleh lelaki yang berasa kurang senang dengan suaranya yang dianggap bising sehingga menganggu konsentrasi untuk menjamu selera, lelaki itu tampil memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian.
Menurut Ridz, tiada gunanya netizen yang menyebelahi pihak di sebelah sana mengecam dirinya bertubi-tubi kerana kecaman itu semua tidak mendatangkan sebarang kesan kepadanya. Malah, di dalam video itu sendiri katanya sudah jelas menunjukkan individu itu menggunakan nada suara yang tinggi.
"Yang mana komen-komen kecam tu hentikanlah, cukup-cukuplah. Tak payah dosa. Kalau korang berada di tempat kejadian, kalau korang dengar live daripada awal, bolehlah korang nak kecam, nak komen.
"Aku tak pernah pukul orang tanpa sebab dan tak pernah marah orang tanpa sebab. Aku buat semua bersebab. Yang mana kenal aku, kenal aku. Yang mana tak kenal aku tu, jangan buat-buat macam kenal aku lama.
"Dia nak buat live, aku tak marah. Tapi volume kau tu slow sikit sebab kau duduk kat kedai makan. Sakit telinga orang. Orang datang kedai nak makan, bukan nak dengar kau punya live.
"Kedua, kau melucah kat kedai makan. Kau rasa? Kau nak buat live tentang produk, kau nak jual produk engkau. Jadi kau juallah produk kau. Tak perlu kau nak melucah-lucah kat kedai makan dengan nada yang tinggi. Kau rasa aku datang ke kedai tu nak dengar apa yang kau cakap ke? Tak kot, aku datang situ nak makan.
"Yang mana komen kecam-kecam tu, cukup dan hentikan kerana kecaman anda tidak mendatangkan kesan kepada saya. Ada yang PM atau DM saya cakap dia tu Datuk Seri bagai apa semua. Datuk ke, seri ke, apa ke, engkau siapa pun title engkau, aku tak nak tahu. Yang penting kau buat bising kat tempat awam sewaktu aku ada, sakit telinga aku nak dengar sebab aku nak makan. Nak fokus pada makanan, bukan nak mendengar kau melalak bising macam tu.
"Kalau kau masuk hutan, kau nak melalak dalam hutan, kau nak bising dalam hutan, kau nak guna perkataan-perkataan kesat di dalam hutan, up to you. Aku pun takde cari kau," katanya.
Ok ini dari brother yang curah air sirap.. yang mana sokong sebelah pihak sana, yang mana kata marketing semua terpulang.. ✌🏻 pic.twitter.com/7uzQmgV33M
— Jark (@JarkAbdul) October 10, 2020
Sementara itu, usahawan produk kecantikan terbabit yang dikenali sebagai Muhammad Solihin Abdullah, 21, berkata, kejadian itu berlaku di Restoran Daging Sempoi di Shah Alam, petang semalam.
Jelas Solihin, dia sudah meminta keizinan dari pemilik untuk membuat live di situ dan memberikan alasan dia menggunakan suara yang lantang kerana itu cara dia untuk menarik perhatian viewers. Selain itu, bunyi bising kenderaan lalu lalang di kawasan itu antara faktor dia bersuara lantang.
"Cara saya buat live memang lantang bersuara dan itulah cara saya nak tarik perhatian viewers. Tapi bunyi bising kereta dan motosikal pun sama-sama kuat sebab restoran itu terletak betul-betul depan jalan besar. Jadi saya kena tinggikan lagi suara.
"Cara pelanggan di meja hadapan menegur pula menambah panas saya sehingga terkeluar kata-kata kesat. Saya tahu dia ada tegur beberapa kali tetapi tidak sepatutnya dia bertindak kasar sampai simbah air pada saya dan tarik baju hingga terjatuh dari kerusi.
"Boleh je dia datang elok-elok ke meja kami dan tegur secara baik. Bukannya bertindak kasar," katanya.
Tambahnya, itulah kali pertama dia diperlakukan seperti itu sepanjang dia buat live di Facebook selama tiga tahun. Kini dia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap lelaki itu.
Sumber: Jark Abdul, mStar Online
LAPORAN BERKAITAN