(Video) 'Biasalah dasar jantan² celako tak boleh tengok kita buat duit' - Lelaki disimbah air sirap kerana buat live di restoran sehingga ganggu pelanggan lain

"Bro! Bro! Kedai makan bro, tolong slow sikit boleh? Nak review? Ini kedai makan eh? Produk keluar! Tak faham ke ape?" demikian kata seorang pelanggan yang berada di sebuah restoran meminta lelaki bernama Eein ini memperlahankan sedikit suaranya ketika membuat live makan-makan.


Menurut Eein, dia sudah mendapat kebenaran dari pemilik restoran untuk membuat live tersebut, namun pelanggan terbabit yang dipercayai berasa terganggu dengan suara Eein yang nyaring sehingga menimbulkan rasa kurang senang atau selesa.


"Apa masalah bro? Orang makan sambil review lah, owner bagi, takde masalah pun," balas rakan Eein. 


"Bising kot?" kata pelanggan berkenaan. 


"(Kalau) bising blah aa," balas rakan Eein. 


"Dia marah pula. Kita nak buat live, suka hati kami lah," kata Eein. 


"(Kalau) berani datanglah," kata rakan Eein lagi. 


"Kita bukan dok cakap pasal dia pun. Siapa marah tu? Dah, pedulikan. Malas nak layan. Jangan maki, nanti kena saman? Tak maki pun, sebab tu kita relax. Kita tau mulut-mulut kita ni mulut ce**ka. Biaq pi la orang kata apa, betul kan! Biaq pi la," katanya.


Eein turut meminta pemilik restoran mengulangi bahawa dia telah memberi kebenaran baginya untuk membuat live tersebut. Mendengar kata-kata itu, pelanggan tadi tampil bersuara. 


"Kau dekat sini bukan seorang bro, ramai. Kalau kau seorang, nak buat live suka hati kau la. Hormat la orang lain sikit," katanya. 


"Yang bunyi motosikal bising tak marah pula? Yang dok hari Jumaat motor dok prung preng prung preng macam ce**ka tak nak marah pula. Orang nak cari rezeki pun nak marah, buat apa?! 


"Biar pi la, biasalah dasar jantan-jantan ce**ka tak boleh tengok kita buat duit. Kan? Jantan-jantan ce**ka. Hak! Hak! Hak! Hak!" kata Eein sambil disokong oleh viewersnya di Instgram. 


Kata-katanya itu membuatkan pelanggan tadi sudah hilang kesabaran lalu datang dan menyimbah cecair merah di badannya sebelum menarik bajunya sehingga menyebabkan Eein terjatuh. 


Pelanggan: "Apa kau cakap?!! Hah!! Kau bangun!!!" 


Rakan Eein: "Relax la bro, orang nak buat live makan." 


Pelanggan: "Kau tutup live sekarang! Kau tutup sekarang!" 


Rakan Eein: "Apa hal pula? Kau makan, makan la, tak perlu kacau orang. Kau apahal sampai simbah orang macam ni?"


Pelanggan: "Aku dah pesan banyak kali kan?! Kau bising lagi, kau dapat la." 


Rakan Eein: "Masalahnya ini bukan kedai kau bro!"


Pelanggan: "Hey orang lain nak makan, hormat la. Tau tak hormat tu apa?! Hah!? Kau tau tak hormat tu apa?!" 


Eein: "Perlu ke simbah-simbah?!" 


Pelanggan: "Dah mulut kau tak reti diam. Ce**ka kau tau tak?! Kau tak puas hati dengan aku, mari sini!! Mulut macam hanat!!" 



Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dikongsi oleh Eein di Facebooknya dan difahamkan Eein sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan.



Tidak diketahui apa yang terjadi seterusnya, namun di media sosial netizen berpendapat:


Sumber: Twitter Jark