(Video) 'Lain kali jangan suka-suka kenakan orang' - Lelaki biadab simbah air milo ais pada jurutol wanita

Tak ada angin, tak ada ribut, biar apa sekalipun alasan lelaki ini, adalah tidak wajar untuk dia menyimbah air minuman pada jurutol wanita yang hanya menjalankan tugas. 


Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Faten berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi Isnin (5/10/2020) di pondok Tol Lebuhraya Kesas. 


"Ceritanya macam ni. Pukul 7.30  pagi, dia masuk lorong Faten nak minta top up. Faten cakap, 'Sini Touch n Go sahaja, takde top up. Top up lorong sebelah'. 


"Tetapi dia nak juga top up dan dia kata, 'Sebelum masuk tol saya dah baca signboard'. Faten suruh dia bayar RM2.00 sahaja tetapi dia masih berkeras, nak juga top up sebab dia kata nak lalu tol depan takde tempat top up. 


"So Faten cakap 'Kalau encik nak, encik kena parking kereta kat sini, jalan pergi lorong tambah nilai'. Dia tak berpuas hati, dia keluar kereta tengok keadaan dalam pondok dan berkata, 'Biasa lorong tambah nilai blah hujung'. 


"Dia dah top up apa semua, dah jalan, ingatkan sudah settle. Pukul 9.20 pagi dia lalu sekali lagi dengan membawa air milo ais dia tu. Dia minum sambil cakap, 'Lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang', terus dia simbah," kata Faten. 


Lelaki yang menaiki kereta Perodua Bezza dengan nombor pendaftaran VEN 7910 itu kemudian beredar meninggalkan mangsa. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu kini viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki yang tidak beradab lagi biadab itu. 



Sumber: Instagram Faten