(Video) 'Tak sampai setengah jam niaga, penguatkuasa MBSA beri kompaun RM300' -

Hasrat seorang pemuda untuk mencari duit lebih bagi menanggung kos pengajiannya terbantut apabila dia didatangi beberapa anggot penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 


Perniagaan yang baru saja dibuka tidak sampai setengah jam itu, dikenakan kompaun sebanyak RM300 atas kesalahan menjaja tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 


"Hari ini saja teman Azri niaga Carboot. Dia kata nak cari duit lebih sebelum masuk sem baru. 


"Tak sampai setengah jam niaga, sale baru lima botol, abang-abang MBSA datang membawa surprise. Surprise!! Sale baru RM75, kena saman RM300," katanya. 


Ramai orang awam yang melihat insiden itu kemudian datang, termasuk seorang wanita warga emas ini yang memberikan kata-kata semangat kepada mereka berdua. 


"Lepas kena saman, ramai yang datang tengok termasuk aunty ini. Nasib baik ada aunty ini, terus tak jadi marah. 


"Paling touching aunty ini kata, 'Salah ke budak muda nak berniaga untuk cari duit lebih? Bukan korang mencuri dekat sini. Aunty respect korang punya titik peluh cari rezeki halal'.


"Tapi Alhamdulillah, sebelum balik ramai orang beli air sebab nampak kitorang kena saman. Terima kasih semua!" katanya. 


Meskipun begitu, rakan Azri iaitu Isz berkata, mereka redha dengan apa yang berlaku. 


"Takpelah nak buat macam mana, diorang buat kerja diorang. Cuma timing tak cun dan mungkin bukan rezeki kitorang. Pengajaran untuk semua, kalau nampak Majlis, terus cabut!" selorohnya. 


Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang juga mengambil maklum mengenai tweet viral itu telah menghubungi lelaki berkenaan untuk menawarkan bantuan. 


Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Amirudin memaklumkan dia telah menghubungi pihak MBSA untuk membantu hasrat dua anak muda itu untuk berniaga di sekitar Shah Alam. 


"Saya juga telah menghubungi pihak MBSA untuk membantu memudahcara urusan beliau untuk berniaga di sekitar Shah Alam," katanya. 


Sumber: Twitter Isz, Malaysia Gazette