'Wanita UMNO setuju NO DAP & tiada kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP' - Noraini

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad menegaskan, Wanita UMNO menyokong penuh keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersetuju agar partinya tidak menjalinkan sebarang usaha dengan sesiapa yang mempunyai hubungan dengan DAP. 


Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO itu berkata, Wanita UMNO komited dan teguh dengan keputusan tersebut. 


"Kami yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti itu di negara ini," katanya. 


Beliau juga meminta Wanita UMNO bertenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan parti. Sebaliknya teruskan mengukuh benteng parti bagi memastikan pihak lawan tidak menenggelamkan UMNO. 



Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan PKR dan DAP seperti mana yang telah diputuskan dalam MKT sebelum ini. 


Berbeza dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini berkata, UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PKR sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai formula tepat untuk membahagiakan semua parti terlibat. 


Sumber: Sinar Harian


LAPORAN BERKAITAN