Budak tak cukup umur tunggang motosikal, datang serah diri di IPD Kubang Pasu


Susulan viral video seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal sehingga mengundang kecaman netizen, murid Tahun 4 itu akhirnya tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu. 


Kanak-kanak itu  datang ke balai bersama dengan bapanya yang berusia 50-an pada jam 2.40 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian itu berlaku pada jam 6 petang, Ahad, 8 November 2020 di Kampung Paya Chegar, Jitra. 


Polis akan mengambil tindakan terhadap kanak-kanak itu berdasarkan kesalahannya iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, selain tidak memakai topi keledar. 


Bapanya juga akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana membenarkan anaknya yang bawah umur memandu kenderaan bermotor.


Polis kemudian membebaskan kanak-kanak lelaki itu selepas dikenakan saman terhadapnya. 


Polis menasihatkan golongan ibu bapa atau penjaga sentiasa memantau anak mereka terutama dari segi keselamatan lalu lintas agar kejadian yang tidak diingini berlaku dapat dielakkan. 


Sumber: Harian Metro 


LAPORAN BERKAITAN