Mangsa gigit zakar perompak sampai putus


Seorang wanita bertindak menggigit zakar lelaki yang memecah masuk ke rumahnya, sehingga putus selepas suspek membuat permintaan yang menjijikkan. 


Dalam kejadian yang berlaku di Ghana, suspek yang bersenjata api memecah masuk ke rumah itu untuk melakukan rompakan. Tidak puas dengan itu, suspek berusia 23 tahun itu turut berhasrat merogol mangsanya. 


Suspek kemudian menanggalkan seluar panjang dan seluar dalam lalu mengarahkan mangsa, Justina Donker, 24, melayani nafsu jijiknya itu.


Di mata suspek, mangsa seperti akur dengan permintaan tersebut tetapi tidak menyangka Justina bakal menyerangnya secara habis-habisan. 


Sebaik saja suspek memasukkan zakarnya dalam mulut mangsa, Justina serta-merta menggigit zakar suspek sekuat hati sehingga putus menyebabkan suspek menjerit dan meraung kesakitan. 


Mangsa segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. Polis tiba di tempat kejadian dan mengenal pasti identiti suspek yang dikenali sebagai Emmanuel Ankron. 


Dalam keterangan kepada polis, Justina memaklumkan suspek terjaga dari tidur dan mendapati suspek mengacu pistol terhadapnya. Dia juga mendakwa suspek telah mengambil wang tunai, televisyen dan telefon bimbitnya.


Kemaluan suspek yang terputus telah diambil dan diserahkan kepada pihak hospital untuk proses penyambungan semula. 


Sumber: Daily Star