(Video) 'Ni confirm bermusuhan sampai neraka' - Dua pencuri bergaduh berebut motosikal curi di tengah jalan


Viral di media sosial video dua lelaki yang dipercayai pencuri motosikal bertumbuk dan berebut sebuah motosikal yang dicuri di tengah jalan. 


Pada awalnya, kedua-dua mereka menaiki motosikal yang sama. Tiba-tiba mereka berhenti dan pembonceng di belakang memukul kepala rakannya yang membawa motosikal itu sehingga terjatuh. 


Setelah itu, lelaki berbaju merah berkenaan cuba mengambil alih menunggang motosikal itu tetapi dihalang oleh rakannya lalu berlaku pergaduhan di antara mereka berdua. 


Si baju merah sempat menyiku muka rakannya menyebabkan dia terjatuh dan terseret akibat kaki kirinya tersangkut sebelum motosikal itu terlanggar benteng jalan. 


Di kesempatan itu, si baju hitam segera berlari mendapatkan motosilkal itu dan sekali lagi membantai si baju merah. Namun, dia tetap tewas dan si baju merah berjaya menunggang motosikal itu dan terus memecut membawa lari kenderaan itu. 


Malang tak berbau, usahanya tidak menemui kejayaan, sebaliknya menemui rasa nikmatnya mencium jalan di mana si baju merah dalam keadaan yang tergesa-gesa itu tadi telah menyebabkan dia hilang kawalan lalu terjatuh dengan muka terhempas di jalan raya.


Apa lagi si baju hitam terus berlari mendapatkan motosikal itu. Akan tetapi, si baju merah itu yang masih liat nyawanya segera bangkit dan mengangkat motosikal tersebut. 



Tidak dapat dipastikan siapa yang berjaya memiliki motosikal curi itu, tetapi di media sosial, netizen terhibur melihat aksi kebodohan dua pencuri berkenaan yang dikatakan seperti menonton filem, tetapi sayangnya video itu terlalu singkat. 


"Rasa macam menonton filem aksi, tapi sayang filemnya singkat," kata Tomypedia. 


"Ya ampun, sesama pencuri jangan saling berebut," kata Sri Sutriah. 


"Aneh, sama-sama pencuri, kenapa bergaduh?" soal Bagusa.


Tidak diketahui lokasi sebenar kejadian, tetapi menurut sumber, kedua-duanya masih bergaduh sehingga kini.