'Kenapa Allah pilih kita menjadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki' - Rita Rudaini titip pesanan buat golongan ibu tunggal


Pelakon, Rita Rudaini, semalam berkongsi pesanan kepada golongan ibu tunggal melalui akaun Instagramnya agar terus tabah dan kuat menghadapi hari-hari mendatang, selain perlu rasa bersyukur dengan ujian diberiNya. 


"Kenapa Allah pilih kita menjadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat, Allah tak akan menguji di luar kemampuan kita. 


"Kenapa Allah tarik suami dari dalam hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih. Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri pada kita. Redha dan bersyukur, kerana itulah hadiah dari Dia. 


"Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah. Dan kenapa sisturr masih sendiri hingga sekarang? Kerana sisturr tengah menikmati hadiah dari Dia. 


"Yang tak ada siapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri pada kami. Hanya kami je yang dapat rasa. 


"Jadi untuk ibu tunggal yang ada DM sisturr minta kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedia 'ia' adalah satu hadiah yang tak ternilai yang korang memang tak nampak apa di depan. Tetapi Dia lebih tahu apa yang dia beri pada kita. Percaya pada perancangan Allah," tulisnya. 



Di penutupnya, Rita secara berseloroh mengingatkan wanita yang masih mempunyai suami tidak perlu galak nak menjadi ibu tunggal. Selain mengingatkan suami dan anak-anak itu hanyalah pinjaman sahaja. 


"Hat ada laki, tak payahlah galak nak jadi ibu tunggal pula. Masing-masing ada baagian masing-masing. Tapi kena ingat, suami dan anak-anak itu hanya pinjaman sahaja. Tak payah dok sombong sangat "Aku berlaki, kau ade??", "Laki aku sayang aku".


"Mati nanti pun hang dalam kubur seorang-seorang juga, bukan dok berketui dengan laki hang," tulisnya. 


Sumber: Instagram Rita Rudaini