Lelaki ini dikompaun RM10,000 sahaja kerana gagal scan QR Code MySejahtera


Bermula 11 Mac 2021, Rabu, mana-mana individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang akan dikenakan kompaun sebanyak RM10,000. 


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, jumlah sebenar kompaun itu bagaimanapun tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya pesalah membuat rayuan


Kompaun yang dikenakan itu bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang awam, tetapi bertujuan mengingatkan orang ramai untuk mematuhi SOP kerana perang ke atas Covid-19 masih belum berakhir. 


Viral di media sosial semalam, seorang lelaki dikenakan kompaun RM10,000 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 


Berdasarkan gambar viral itu, individu terbabit didapati melakukan kesalahan tersebut pada jam 6.55 petang di sebuah premis di Bukit Jalil. 


Individu itu didapati gagal mengimbas Quick Response (QR) kod MySejahtera yang disediakan oleh pihak premis, menggunakan aplikasi MySejahtera. Kegagalannya mematuhi SOP yang telah dilaksanakan sejak dari awal PKP tahun lalu menyebabkan dia dikenakan kompaun RM10,000 sahaja. 



Tempoh sebulan diberikan kepada pesalah untuk membayar kompaun tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan dia didakwa di mahkamah. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS