Pelajar tingkatan 4 dakwa dicabul Pengetua 'sangap' setiap hari di Sabak Bernam


Seorang pelajar (lelaki) tingkatan empat di sebuah sekolah swasta di Sabak Bernam mendakwa dia dicabul oleh pengetua sekolahnya pada 4 Mac 2021. di premis sekolah berkenaan. 


Sehari selepas kejadian, mangsa pulang ke rumah keluarga angkatnya dan memaklumkan kejadian yang menimpanya. 


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mangsa mendaftar masuk ke sekolah itu pada Oktober 2020. Mangsa ditempatkan di bilik tidur tetamu memandangkan asrama sekolah berkenaan telah penuh. 


Tiga hari kemudian, mangsa mendakwa dia mula diganggu secara seksual oleh pengetua sekolah berusia 59 tahu itu. Hampir setiap hari mangsa diperlakukan sedemikian sehingga sekolah berkenaan diarahkan tutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November 2020 sebelum dibuka semula pada 1 Mac 2021. 


Awal pagi 4 Mac 2021, mangsa kembali ke sekolah itu dan masih ditempatkan di bilik yang sama. Jam 4 petang pada hari yang sama, suspek datang mengganggu mangsa secara seksual tetapi sempat dielak.


Mangsa keluar dari bilik itu dan pergi menumpang tidur di rumah rakannya tetapi tidak menceritakan apa yang telah berlaku. 5 Mac 2021, mangsa pulang ke rumah keluarga angkat dan mendedahkan perbuatan jijik pengetua sekolah berkenaan. 


7 Mac 2021, suspek telah menghubungi mangsa dan cuba memujuknya untuk kembali ke sekolah. Suspek turut meminta mangsa tidak menceritakan perbuatannya kepada sesiapa. 


Mangsa tidak mengendahkan permintaan suspek dan pergi menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. Pemeriksaan mengesahkan mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal. 


Semakan mendapati, suspek memiliki rekod lampau iaitu Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Polis kini sedang mengesan suspek dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro