(Video) 'Apa langgar? Motor apa? Lan*** aa lu' - Pemandu mabuk lari selepas langgar 2 penunggang motosikal


Sudahlah mabuk, dilanggar pula dua motosikal sebelum pemandunya melarikan diri dari lokasi kejadian sama ada tidak sedar dengan tindakannya atau enggan bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.41 tengah malam Isnin, 15 Mac 2021 di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa. 


Pemandu itu dikatakan telah menghimpit dan melanggar dua motosikal jenis Harley Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan. Dua mangsa itu kemudian meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis, tetapi wanita itu terus memecutkan melarikan diri. 


Video kejadian turut viral di media sosial di mana video berdurasi satu minit itu jelas menunjukkan wanita berkenaan berada dalam keadaan mabuk dan tidak sesuai untuk memandu. Malah, wanita itu sendiri mengakui dia sebelum itu ada mengambil minuman keras. 


Dua mangsa terbabit sebelum itu ada menasihatkannya untuk berhenti dan membuat laporan polis. Tetapi dalam keadaan yang sudah mabuk, wanita itu langsung tidak menyedari apa yang berlaku. Apatah lagi mahu memberikan kerjasama lalu menghambur kata-kata kesat pada penghujung video. 



Polis telah berjaya mengesan identiti wanita berusia 52 tahun itu telah ditahan pada jam 3.30 petang Selasa, 16 Mac 2021 dan dibawa ke hospital untuk menjalani ujian kandungan alkohol dalam darah. 


Setakat ini, jumlah kerugian yang dialami kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan. Kedua-dua mangsa juga disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS