(Video) 'Cauc***i! Kenapa macam ni?! Saya tak sengaja!' - Rider maki pemandu Honda sampai pecahkan cermin kereta


Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal memaki hamun pemandu wanita di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, jam 3.25 petang, Isnin, 15 Mac 2021. 


"Lu mari keluar! Pala otak kau! Lu **** babi!" jerit rider berkenaan sambil menendang pintu kereta itu. 


Wanita itu terkejut dengan tindakannya dan menjelaskan yang dia tidak nampak keberadaan penunggang motosikal berkenaan dan meminta diberikan masa untuk menghubungi polis. 


Dalam masa yang sama lelaki itu mengarahkan kenderaan di belakang meneruskan perjalanan. Dan secara tiba-tiba dia menendang cermin sisi sebelah pemandu sehingga rosak. 


Tindakannya itu membuatkan wanita terbabit terkejut dan turut melemparkan kata-kata kesat. 


"Ei!! Tolong saya rakam no plat motosikal dia," pinta wanita itu pada penumpang sebelah.


Menyedari dirinya dirakam, lelaki itu membuka topi keledar dan pelitup mukanya serta berkata, "Ha! Rakam! Rakam!" sebelum menyebut sesuatu yang tidak jelas lalu menghentam bahagian depan kereta itu menggunakan topi keledarnya. 


"Cau****i! Kenapa macam ni?! Saya tak sengaja, sekejap saya call (polis)," kata wanita itu tetapi tidak diendahkan dan lelaki itu terus menghentak cermin depan kereta Honda itu. 


Pemandu Honda: "Sekejap, saya tak nampak" 


Rider: "P*****k buka kereta kau b***h!" 


Pemandu Honda: "Cau****i! Tak boleh jadi ni, saya takut" katanya terus mengalihkan keretanya ke tempat lain kerana bimbang keselamatan diri dan penumpangnya terancam. 



Susulan video viral itu, polis telah menahan penunggang motosikal terbabit dan siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berpunca dari perselisihan faham di antara suspek berusia 25 tahun dan pemandu berusia 26 tahun. 


Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian itu berkaitan dengan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif. 


Suspek juga dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital. 


Zaharudin menasihatkan orang ramai untuk tidak memuat naik sebarang video dan kenyataan yang tidak tepat di media sosial sehingga boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam masyarakat. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS