(Video) 'Nampak budak jual Yasin depan Pavi, takyah sedekah, kurang ajar nak mam...'


Baru-baru ini, pengacara Azwan Ali memuat naik video dirinya didatangi seorang pengemis cilik lalu dihalau, menimbulkan rasa kurang sesetengah warga maya. 


Namun demikian, ada netizen yang tampil menjelaskan mereka juga pernah berdepan dengan pengemis cilik berkenaan di kawasan Pavilion dan disifatkan kurang ajar dan menipu untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. 



"Kalau korang nampak budak-budak jual Yasin depan Pavilion camni, tak payahlah sedekah. Kurang ajar nak mampus. Aku bagi RM20, then dia panggil semua kawan-kawan dia minta kat aku. 


"Pastu aku cakap tak boleh, aku suruh diorang share RM20 tadi. Diorang blah, buat muka. Memang macam b**i," kata Nana di Twitternya. 


Perkara itu turut diakui beberapa netizen yang juga pernah mengalami pengalaman seumpama itu di sekitar ibu kota yang dipercayai didalangi oleh sindiket yang sama. 


"Pernah kena juga kat Sogo. Dia kata lapar, tak makan lagi. Bagi duit kat dia RM20, suruh beli makan. Pastu dia blah then dia datang balik sambil tarik tangan member dia suruh member dia minta. I cakap, tadi kan dah bagi? Share la beli makanan. Then tiba-tiba dia kata dia tak kenal budak tu," - Maixaa. 


"Betul! Sangat kurang ajar ya. First kes dulu, budak ni suruh beli Yasin. Tetapi biadab, memaksa pula tu. Aku yang niat mahu sedekah terus tak jadi. Bila tak layan, budak itu maki aku. 


"Kes lain, aku ingat dia sedekah Yasin. Bila ambil, dia suruh bayar RM10. Sudah! Ambil balik Yasin tu, tak kesah pun," - Davina.



Disebabkan kegiatan sindiket seperti ini membuatkan orang ramai berwaspada apabila didekati para pengemis di ibu kota kerana bimbang ditipu. 


Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terperdaya dengan sindiket pengemis terancang ini. Sebaik-baiknya hulurkan derma atau sumbangan ikhlas anda kepada badan-badan yang berdaftar dan diberi keizinan untuk mengutip sumbangan. 


Sumber: Twitter Nana