(Video) Kerana berebut 'Cinggey', sanggup berkuntau 3 penjuru di jalan raya


Dalam satu babak, Ketua Kumpulan Rimba Bara iaitu Jijoe (K Rahman) pernah menegur Slash (Pekin Ibrahim), katanya:


"Ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara, satu rasuah, kedua tidak menepati masa dan ketiga cinggey'.


Itulah hal-hal remeh yang berlaku baru-baru ini di sebuah pusat perniagaan di Bandar Chukai semalam di mana seorang lelaki dibelasah dua individu yang bermotifkan berebut wanita, semalam. 


Kejadian itu turut dirakam saksi dan videonya kini viral di media sosial. 


Video berdurasi 29 saat itu menunjukkan, penunggang motosikal berkenaan didatangi dua lelaki menaiki kereta Perodua Viva dan berbincang mengenai sesuatu untuk menyelesaikan masalah yang timbul di antara mereka. 



Bagaimanapun, perbincangan di antara mereka tidak berjalan dengan lancar apabila motosikal mangsa dikatakan terlajak dan terlanggar cermin sisi kereta itu membuatkan dua suspek terbabit keluar dan bertindak membelasah mangsa bagaikan tiada hari esok. 


Orang ramai yang ternampak kejadian itu terus datang dan cuba meleraikan mereka tetapi gagal berbuat demikian. 


Ketua Polis Daera Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. 


Sumber: Kosmo Online, Info Roadblock JPJ/POLIS