'Kitorang marah sangat sebab dia tuduh kitorang dah tak ada dara' - Individu tampil ceritakan punca sebenar remaja perempuan dalam video viral disepak


Susulan viral video tiga remaja perempuan mengasari seorang remaja yang sebaya dengan usia mereka, tampil seorang individu menceritakan punca mangsa diperlakukan sedemikian. 


"Tentang video pergaduhan itu, bukan saja-saja nak pukul dia macam tu. Korang tak kenal perempuan tu, sebab tu korang sedap backup dia. Tetapi jangan nak baik sangat dengan dia. Takut dia pijak kepala je. 


"Sebab kitorang dah kena dengan dia. Kitorang marah sangat sebab perempuan tu buat cerita palsu, tuduh kitorang ni semua dah tak ada dara. 


"Selepas bincang dalam Instagram, kita ajak dia berjumpa. Bukan 5 lawan 1, tapi 5 lawan 5. Kita tak tahu apa, jumpa-jumpa je dia datang bawa jantan," katanya. 



Walau apa pun penjelasan yang diberi, netizen berpendapat bahawa kekerasan tidak sepatutnya dijadikan sebagai pilihan untuk menyelesaikan masalah. 


Terdahulu viral di media sosial video seorang remaja perempuan disepak oleh tiga remaja sebaya dengan usianya mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Perakam video itu juga mengakui dia merakam video itu dan akan memuat naik video tersebut di media sosial untuk mengugut mangsa. 


LAPORAN BERKAITAN